MODENISASI JEPUN






Sejak lebih dari 100 tahSun, orang-orang Jepun bekerja keras untuk menukarkan negaranya daripada negara miskin kepada negara maju dan moden. Kini, ekonomi Jepun merupakan yang keduaterbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Pada awal tahun 1990, orang Jepun mempunyai aset 3 kali ganda daripada rakyat Amerika Syarikat, 4 kali ganda aset rakyat Britain danJerman.

Jepun merupakan kuasa ekonomi yang terkemuka, kaya dan mampu bersaing dalam bidang perindustrian. Radar pengangguran di Jepun kekal di bawah paras 3% pada waktu yang panjang, dan hanya meningkat sebanyak 2.1% pada penghujung tahunl990. Selain dari itu, harga barang adalah stabil dan kadar inflasi bagi barang-barang pengguna dari tahunl985 sehingga tahun 1990 hanya 1.8%

Kemajuan ekonomi Jepun dibantu oleh kewangan kerajaan Jepun yang berada dalam keadaan baik. Ini berbeza dengan keadaan pada 1970-an, iaitu 34.7% daripada perbelanjaan negara terpaksa dipinjam dari luar. Walaupun reputasi politik Jepun tidak sehebat kecanggihan ekonominya, sesebuah kerajaan seperti kerajaan Jepun yang dapat mengawal perbelanjaan negara sehingga terselamat daripada inflasi adalah kerajaan yang efektif dan patut dihargai.

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi Jepun. Antaranya ialah jarang berlaku mogok, wujud banyak sektor-sektor swasta, ahli-ahli syarikat bersatu-padu untuk menjayakan syarikat masing- masing, sistem senioriti, sistem kerjaya seumur hidup (lifetime employment) dan hubungan erat antara kakitangan dengan syarikat tempat mereka bekerja.

Bidang utama yang banyak member! sumbangan kepada kemajuan ekonomi Jepun ialah perindustrian. Oleh itu, Jepun dikenali sebagai sebuah negara perindustrian moden. Bidang-bidang lain yang turut menyumbang kepada ekonomi Jepun termasuklah pertanian, perikanan, pembalakan, penjanaan kuasa elektrik dan penghasilan tenaga nuklear.



Bidang perindustrian amat penting dan banyak memberi sumbangan kepada ekonomi Jepun. Bidang ini mula diperkenalkan di Jepun pada 1860-an semasa zaman Pemulihan Meiji. Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun menjadi antara negara perindustrian yang terkenal di dunia.

Walaupun perindustrian Barat telah diperkenalkan di Jepun, tetapi rakyat Jepun tetap mengekalkan nilai-nilai tradisi.Oleh itu, terdapat 2 jenis industri: 1. Industri tradisional yang mengeluarkan barangan untuk kegunaan tempatan seperti makanan, pakaian dan alat-alat kelengkapan.

2. Industri moden yang dikendalikan oleh kilang-kilang besar dan mengeluarkan barang-barang moden seperti yang terdapat di barat.

Sehingga 1953, kebanyakan industri di Jepun merupakan industri yang mengeluarkan barang-barang pengguna dan kraftangan. Selepas itu, barulah wujud industri yang mengeluarkan barang-barang elektronik, automobil, kimia dan besi-keluli. Pada masa ini, eksport utama Jepun ialah automobil, alat-alat elektronik dantekstil.

Industri tekstil penting di Jepun. Untuk menghasilkan tekstil, kapas diimport dari Amerika Syarikat dan bulu biri-biri diimport dari Australia. Walaupun Jepun masih antara pengeksport utama barang-barang tekstil, tetapi kini Jepun lebih member! tumpuan kepada industri berat.

Jepun juga adalah pengeluar utama barang-barang elektronik. Kemajuan industri elektronik berpunca dari permintaan yang tinggi terhadap barang-barang elektronik seperd televisyen, radio, peti sejuk, mesin basuh, komputer dan sebagainya.

Industri automobil juga penting di Jepun. Pada 1950-an, Jepun mula mengeluarkan kereta. Sebelum ini, Jepun hanya mengeluarkan lori. Jepun juga mengeksport bas dan motosikal.

Industri kimia di Jepun mengeluarkan barangan seperti asid sulfurik, soda kaustik dan sebatian karbon, simen dan ammonium sulfat. Industri ini mampu berkembang walaupun kekurangan bahan mentah terutamanya petroleum. Kebelakangan ini, perubahan berlaku daripada pengeluaran kimia organik kepada kimia bukan organik.

Jepun juga terkenal dengan industri besi dan keluli. Best yang diperlukan diimport dari negara luar. Untuk memastikan bahawa Jepun mendapat besi yang mencukupi, Jepun tidak hanya mengimport besi, tetapi juga melabur dalam lombong-lombong besi di India, Filipina dan Malaysia. Jepun juga ada menghasilkan perak, aluminium dan titanum.



Walaupun Jepun merupakan sebuah negara perindustrian, pertanian tetap penting bagi ekonomi Jepun. 45% daripada penduduk Jepun bergiat dalam lapangan pertanian. Walau bagaimanapun, Jepun tidak mempunyai tanah yang cukup untuk pertanian kerana Jepun merupakan negara yang bergunung-ganang, berbukit- bukau dan terletak dalam kawasan gunung berapi.

Oleh itu, pertanian intensif diusahakan dengan menggunakan teknik moden. Ini termasuklah penggunaan baja kimia, biji benih bermutu tinggi dan mesin. Setiap pelawat yang datang ke Jepun terpesona dengan pemandangan indah pertanian intensif yang diusahakan sehingga meliputi lereng dan puncak bukit.

Antara tanaman penting yang ditanam termasuklah padi yang merupakan makanan asasi penduduk Jepun. Jepun terpaksa menggunakan kawasan tanaman yang terhad secara intensif untuk menampung keperluan penduduk yang ramai. Ini terbukti berjaya dilakukan apabila hasil padi bagi setiap ekar tanah di Jepun adalah lebih tinggi berbanding dengan hasil padi di China dan Asia Tenggara.



Jepun adalah di antara negara perikanan yang terbesar di dunia. Ini kerana negara Jepun merupakan pulau-pulau yang dikelilingi oleh laut. Kawasan-kawasan berhampiran pantai merupakan kawasan-kawasan perikanan. Di situ, terdapat banyak bot-bot milik persendirian yang menjalankan kegiatan perikanan secara beramai-ramai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah ikan sardin, ikan hering dan ikan mackerel.

Perikanan Laut Dalam sangat penting bagi negara Jepun. la dikendalikan oleh syarikat-syarikat perikanan yang besar. Syarikat-syarikat ini mempunyai kapal-kapal perikanan yang lengkap dengan peti ais, kemudahan memproses dan mengetm ikan-ikan. Ikan-ikan yang biasanya ditangkap ialah tuna, salmon, ketam dan ikan paus.

Oleh kerana perikanan penting kepada ekonomi Jepun, maka Jepun mengambil berat tentang pemeliharaan sumber-sumber laut. Untuk menjaga kepentingan antarabangsa mengenai perikanan laut dalam, Jepun telah menandatangani beberapa perjanjian dengan negara-negara perikanan yang lain. Jepun juga menggunakan teknik moden dalam perikanan dan teknik ini sangat diperlukan oleh negara-negara perikanan yang lain. Oleh itu, Jepun telah bekerjasama dengan beberapa negara perikanan dengan memperkenalkan teknik- teknik baru dalam perikanan dan mengendalikan pemasaran hasil tangkapan ikan.



2/3 daripada negara Jepun diliputi oleh hutan. Hutan membekalkan Jepun dengan kayu-kayan untuk kerja-kerja pembinaan, menghasilkan pulpa dan sebagai bahan bakar (arang). Walaupun seni bina Jepun kini lebih merupakan seni bina daripada konkrit dan keluli, tetapi kayu tetap digunakan sebagai bahan utama. Oleh itu, kerajaan dan sektor swasta berusaha untuk memelihara hutan dengan menjalankan penanaman semula hutan.



Pada waktu malam, neon-neon yang berkilauan merupakan pemandangan biasa di Jepun. Ini menunjukkan bahawa Jepun mempunyai sumber kuasa elektrik yang banyak. Kemudahan elektrik terdapat di seluruh negaraJepun termasuklar. di kawasan-kawasan kampung yang terpencil.

Keadaan negara Jepun yang bergunung-ganang dan hujan yang selalu turun menyebabkan negara Jepun mampu membekalkan tenaga elektrik yang banyak. Terdapat banyak empangan-empangan besar diJepun yang menjadi pusat janakuasa elektrik. Sejak 1955, 70% daripada tenaga elektrik didapati dan janakuasa hidroelektrik.

Peningkatan penggunaan alat-alat elektrik di rumah-rumah dan perkembangan pesat industri menyebabkan bertambahnya permintaan terhadap kuasa elektrik. Oleh itu, pelbagai usaha dijalankan untuk memajukan kuasa elektrik bagi memenuhi keperluan negara.



Tokai-mura merupakan pusat tenaga nuklear yang terawal. Pusat ini dikendalikan oleh 'Atomic Energy Commission' yang ditubuhkan pada 1 Januari 1956. 'Atomic Energy Commission' bertanggungjawab memastikan bahawa tenaga nuklear yang terhasil digunakan kepada perkara-perkara yang mendatangkan faedah terhadap manusia, bukan membahayakan manusia. Oleh itu, para saintis sentiasa menjalankan penyelidikan untuk mencari kegunaan-kegunaan baru bagi tenaga nuklear seperti penggunaan tenaga nuklear untuk memajukan pertanian, perubatan dan pengawetan makanan.

No comments:

Post a Comment