KESUSASTERAAN JEPUN





KESUSASTERAAN JEPUN

Hasil sastera tertua di Jepun ialah Kojiki yang dipercayai ditulis pada 712 M. Terdapat juga Mannyoshu iaitu antologi puisi klasik yang disusun pada 751 M. Kedua-dua hasil sastera ini telah member! sumbangan besar terhadap prosa dan puisi Jepun pada hari mi.

Pada kurun ke-9, sastera Jepun banyak dipengaruhi oleh karya klasik Cina. Setelah hubungan dengan China terputus, masyarakat Jepun mula mengasimilasi bentuk-bentuk sastera Cina, dan kemudiannya mencipta sastera mereka sendiri. Ini dapat dilihat dengan terciptanya sistem tulisan kana.

Novel tertua di Jepun ialah Taketori Monogatari yang ditulis pada 800 M. Ini diikuti oleh Genji Monogatari (The Tale ofGenji) iaitu sebuah novel yang memaparkan kisah percintaan dalam sebuah istana. Novel ini cuba menggambarkan bahawa keindahan alam semulajadi boleh membantu manusia melupakan ketegangan hidup. Penulis novel Jepun pada masa ini sering mengaitkan alam dengan jiwa manusia.

Pada masa ini, waka (iaitu puisi yang mempunyai 31 suku kata) sangat popular di kalangan wanita istana, golongan bangsawan dan golongan paderi. Sebuah lagi puisi, Kokinshu muncul pada 922 M. Pada tahun tersebut, antologi puisi yang pertama dikumpul atas arahan Maharaja. Dalam masa 150 tahun selepas akhir kurun ke-12, cerita-cerita perang amat popular. Cerita ini cuba menunjukkan bahawa kerajaan dibentuk oleh golongan pahlawan.

Kemudian, kerja-kerja kesusasteraan terhenti sehingga awal kurun ke- 17. Setelah itu, Jepun mengamalkan Dasar Tutup Pintu. Pada masa tersebut, rakyat menjalani kehidupan yang tenang, walaupun terpaksa menghadapi kerajaan feudalistik yang amat mementingkan disiplin. Drama-drama dan novel- novel popular terus dihayati. Puisi- puisi termasuklah haiku (puisi 17 suku kata), senryu (puisi berbentuk bidalan atau pepatah dan selalunya berbentuk sindiran) dan kyoka (puisi dalam bentuk komik) masih mendapat tempat di hati rakyat.


PembaratanJepun bermula pada akhir kurun yang lalu. Pembaratan telah memberi tenaga baru dalam penghasilan hasil-hasil kesusasteraan. Novel-novel yang berunsurkan Barat membicarakan pemikiran Barat seperti Liberalisme Perancis (Montesquieu dan Rousseau), Utilitarianisme British (Bentham dan J.S. Mill) Idealisme Jerman (Kant dan Hegel) dan Altruisme Kristian. Sastera mula dipengaruhi oleh unsur-unsur realisme, naturalisme, idealisme dan romantisisme. Sehingga kini, fiksyen-fiksyen yang dihasilkan oleh OgaiMorida.n Soseki Natsume terus menjadi tatapan. Pada masa yang sama, perkembangan puisi waka dan haiku dapat bertahan di tengah arus perkembangan tulisan prosa.

Kerja-kerja penterjemahan hasil kesusasteraan Barat telah dibuat secara besar-besaran sehingga kebanyakan rakyatJepun mengenali penulis-penulis Barat seperti Shakespeare, Goethe, Hugo dan Tolstoi. Satu peristiwa penting dalam perkembangan kesusasteraan sebelum perang di Jepun ialah Konvensyen di Tokyo pada September 1957 yang dihadiri oleh ahli-ahli sastera dari seluruh dunia.

Selain dari itu, satu lagi perkembangan sastera ialah meningkatnya populariti sastera Jepun. Banyak novel-novel Jepun diterjemahkan ke bahasa Inggeris seperti Homecoming oleh Jiro Osaragi, The Sound of Waves oleh Yukio Mishima (yang mengisahkan percintaan dua remaja di kampung nelayan), Snow Country yang merupakan antara novel terbaik Kawabata Yasunari dan Some Prefer Nettles olehJun-Ichiro Tanizaki.

Kesusasteraan Jepun moden juga cenderung kepada kisah perang, termasuklah perang dengan China (yang berlarutan dari 1937 hingga 1941) dan perang di Pasifik yang amat mengerikan. Akhirnya, perang telah berkesudahan dengan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang banyak meninggalkan kesengsaraan kepada rakyat Jepun.

Dalam penulisan selepas perang pula, ada juga diselitkan unsur-unsur keindahan dan perasaan kasih sayang sesama manusia. Tanizakifunichiro, seorang pakar tentang ilmu keindahan, telah menulis tentang konflik antara zaman dahulu dan sekarang dalam novelnya TheMakioka Sisters, yang merupakan antara novel terbaik. Seorang lagi penulis, AheKoho memberi perhatian kepada dua jenis kebebasan. Dalam novelnya, The Woman in the Dunes, beliau menekankan bahawa manusia inginkan kebebasan, tetapi pada masa yang sama, mereka juga takut dengan kebebasan tersebut.


Aspek Seni Lukis, Seni bina dan Kraftangan

Sejak kedatangan Komodor Perry ke Jepun, sent lukisan Jepun mula dipengaruhi oleh Barat. Ramai pelukis telah meniru lukisan dari Barat. Sehingga akhir kurun ke-19, barulah wujud kesedaran untuk mengekalkan kesenian tradisi Jepun. Perkara ini berlaku hasil usaha Okakura Kakuzo dan Ernest Fenollosa.


Pada 1888, Okakura menubuhkan Tokyo Academy of Art yang sekarang ini dikenali sebagai Tokyo University of Art. Di sini, pelbagai cara melukis diajar termasuklah Kano, Tosa dan Yamato. Shimomura Kanzan (1873-1930) telah melukis zaman Momoyama dengan memasukkan unsur realisme moden.

Pada kurun ke-20, wujud semula kecenderungan terhadap seni lukis Eropah. Oleh itu, muncul ramai pelukis yang menggunakan cat minyak (oil painters). Pelukis-pelukis ini aniat berbakat dan kebanyakannva mendapat latihan di Perancis. Oleh itu, hasil kerja mereka mencerminkan pengaruh Barat. Antara pelukis yang terkenal lalah Yasul Sotaro (lahir pada 1888). Kemudian, lahir pula pelukis-pelukis baru seperti Kawaguchi Kigai dan Wakita Kazu. Lukisan mereka banyak dipengaruhi oleh Bonnard, Matise dan Picasso.

Selain dari lukisan minyak, print makers juga merupakan hasil sent yang penting. la menggunakan blok kayu. Print Maker yang berwarna mula diperkenalkan oleh Yamamoto Kanae (1882-1946). Print Makers dipercayai dibawa ke Jepun dari timur jauh sejak 2 kurun lalu. Kini, ia merupakan hasil kesenian Jepun yang mengagumkan.

Selepas Perang Dunia Kedua, berlaku kecenderungan untuk menghasilkan lukisan abstrak disebabkan oleh pengaruh Barat. Tetapi terdapat juga mereka yang masih berpegang kepada lukisan tradisi Jepun. Antaranya ialah Munakata Shiko (lahir pada 1903). Beliau menjadikan zen-Buddhisme sebagai sumber inspirasinya dalam menghasilkan lukisan tradisional Jepun yang bermutu.

Di samping seni lukisan, seni bina moden Jepun juga tidak kurang hebatnya. Ini kerana negara Jepun berjaya melahirkan banyak arkitek yang mampu mereka bentuk bangunan-bangunan yang canggih dengan menggunakan teknologi moden.

Seorang arkitek Jepun yang terkenal ialah Tange Kenzo yang bertanggungjawab mereka bentuk Swimming Arena. Bangunan tersebut dibina khas untuk Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 1964.

Secara umumnya, reka bentuk bangunan ini sungguh mengagumkan. Jika dilihat dari atas, ia kelihatan seakan-akan bentuk siput atau daun. Bangunan ini dilengkapi dengan sebuah dewan untuk menandakan keamanan di Hiroshima. Dewan ini pula mempunyai sebuah pintu gerbang yang menarik dan mempunyai ciri-ciri seni bina tradisional Jepun.

Maki Fumihiko, seorang lagi arkitek Jepun yang terkemuka, telah mereka bentuk sebuah bangunan moden yang dimimaksin Aoyama Boulevard. Maki Fumihiko menggemari asymmetry dalam mereka bentuk bangunan tersebut. Beliau juga sering menggunakan bentuk alam semula jadi (seperti tiram) dan bentuk yang bersifat tradisional (seperti topi best samurai) dalam mereka bentuk^ ayama Boulevard

Ito Toyo pula ingin memberikan satu kelainan kepada bandar raya Tokyo. Baginya, Paris, London dan Rome adalah umpama muzium, sementara Tokyo pula umpama sebuah teater kerana keadaannya yang sering berubah-ubah dan bertukar wajah. Oleh itu, Ito Toyo merasakan bahawa beliau perlu mereka


bentuk sejenis rumah yang ringan dan bersifat sementara di Tokyo. Ito juga pernah tinggal di Asia Tenggara. Oleh itu, pondok yang banyak terdapat di Asia Tenggara dijadikan sumber ilhamnya dalam reka bentuk bangunan di Tokyo.

Arata Isazaki merupakan seorang arkitek yang cuba mencantumkan elemen timur dan barat dalam sent binaJepun. Dalam mereka bentuk sebuah kompleks golf, beliau telah membina sebuah menara yang seakan-akan sebuah pagoda, dan mempunyai cucuran atap pada setiap tingkat. Tidak jauh dari menara ini, Arata Isazaki membina sebuah bangunan rendah dan berbentuk bulat. Bangunan ini seolah-olah sebuah kuil Greek yang kecil. Jika dilihat dengan teliti, sent bina bangunan ini unik dan amat menarik.

Ando Takao pula berjaya mereka bentuk gereja Roman Katolik di atas Gunung Rokko, Gereja ini dihubungi oleh terowong di lereng-lereng bukit. Terowong tersebut terbuka di kedua-dua bahagian sebagai mencerminkan alam semula jadi yang dipenuhi oleh pokok pain dan bukit-bukau. Jika berada di dalam gereja tersebut, seseorang akan merasa tenang dengan reka bentuk ruang yang kelihatan ringkas dan dilingkungi oleh tingkap-tingkap. Ando telah berjaya mereka bentuk binaan ringan yang kelihatan seakan-akan diperbuat daripada kertas.

Walaupun Jepun telah menjadi sebuah negara moden dalam masa yang singkat, namun seni kraftangan tidak dilupakan. Antara kraftangan yang dihasilkan termasuklah barang-barang tembikar (seperti mangkuk untuk upacara minum teh), tenunan (seperti sutera dan kain untuk pakaian seharian), pembuatan pedang dan ukiran-ukiran. Bagi masyarakatJepun, hasil kraftangan mempunyai keindahan dan kehalusan seni yang menawan dan dapat menyegarkan jiwa.


No comments:

Post a Comment