Sistem pemerintahan Jepun
diumumkan pada 3 November, 1946 dan berkuatkuasa pada 3 Mei 1947. Melalui
sistem tersebut, banyak pembaharuan dilakukan. Maharaja tidak lagi mempunyai
kuasa dalam kerajaan tetapi hanya menjadi simbol negara dan lambang perpaduan
rakyat. Tugas baginda hanya melantik secara rasmi Perdana Menteri dan Ketua
Hakim (Chief Justice of the Supreme Court). Sebenarnya, Perdana Menteri telah
terlebih dahulu dicadang oleh Diet sementara Ketua Hakim pula dicadangkan oleh
Kabinet. Maharaja Jepun juga bertanggungjawab mengumumkan undang-undang dan
perjanjian yang dibuat oleh kerajaan, memanggil ahli-ahli parlimen untuk
bersidang dar. menganugerahkan pingat dan darjah kebesaran kepada mereka yang
terpilih-
Organisasi kerajaan Jepun seakan-akan sistem Parlimen British. Kuasa politik dikongsi bersama oleh 3 bahagian kerajaan iaitu:
1. Kuasa menggubal undang-undang dipegang oleh Diet.
2. Kuasa pengurusan dipegang oleh kabinet.
3. Kuasa undang-undang dipegang oleh bahagian kehakiman.

Diet berada pada tempat
paling tinggi. la terdiri daripada Dewan Perwakilan (yang terdiri daripada 512
orang ahli yang berkhidmat untuk jangka masa 4 tahun) dan Dewan 'Councillors'
(yang terdiri daripada 252 orang ahli yang dipilih untuk tempoh 6 tahun). Dewan
Perwakilan mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada Dewan 'Councillors'.
Dewan Perwakilan berkuasa meluluskan perkara- perkara yang ditolak oleh Dewan
'Councillors' dan seterusnya mengumumkannya sebagai keputusan Diet. Selain dari
itu, Dewan Perwakilan juga berkuasa menanamkan rasa curiga pada pergerakan
kabinet. Jika perkara ini terjadi, ^hli-ahli kabinet terpaksa meletak jawatan
dan Dewan Perwakilan dibubarkan.
Perdana Menteri mengetuai
kabinet. Beliau dipilih oleh ahli-ahli Diet. Perdana Menteri merupakan ketua
parti yang memperolehi undi paling banyak. Beliau juga bertanggungjawab
mewakili Jepun dalam persidangan antarabangsa. Berbeza dengan Presiden Amerika
Syarikat, Perdana Menteri Jepun tidak dipilih secara langsung oleh rakyat,
tetapi beliau dipilih secara tidak langsung melalui kekuatan parti politik.
Kehakiman
Selepas perang, sistem
kehakiman Jepun diubahsuai. Sebelum ini iaitu semasa zaman Pemulihan Meiji,
mahkamah diletakkan di bawah kuasa kerajaan. Tetapi kini mahkamah bebas dari
pengawasan bahagian eksekutif dan perundangan kerajaan.
Untuk mengelak penyalahgunaan kuasa, semua hakim mahkamah rendah dipilih untuk tempoh 10 tahun sahaja, namun tidak ada sekatan untuk mereka dipilih semula setelah tamat tempoh perkhidmatan. Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi diminta berhenti dari perkhidmatan pada masa yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Pemilihan mereka disemak dalam referendum nasional. Jika hakim melakukan kesalahan, dia akan didakwa oleh Court of Impeachment.
Mahkamah Tinggi terdiri daripada ketua hakim dan dibantu oleh hakim- hakim lain. Ketua hakim dicadangkan oleh Kabinet dan dipilih oleh Maharaja, manakala hakim-hakim lain dipilih oleh kabinet. Hakim Mahkamah Rendah pula dipilih oleh kabinet daripada daripada mereka yang dicalonkan oleh Mahkamah Tinggi.

Di Jepun, terdapat tiga
parti politik utama:
• Parti Demokratik Liberal (LDP) ialah parti konservatif. Tujuar. penubuhannya ialah:
1. Membentuk sistem demokrasi di Jepun untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan membentuk semula institusi-institusi yang telah ada selari dengan prinsip asas demokrasi.
2. Ingin bekerja keras bagi memulihkan hubungan antarabangsa mengenai dasar keadilan sejagat, ketenangan dan kebebasan serta membma negara Jepun yang mampu berdikan.
3. Untuk menjamin kestabilan ekonomi dan sosial dan seterusnya menyumbang kepada kepentingan awam.
• Parti Sosialis. Tujuan utama Parti Sosialis untuk membentuk masyarakat Jepun yang berbentuk sosialis. la dilakukan melalui revolusi yang aman. Parti ini menentang Perjanjian KerjasamaJepun-Amerika dan mendesak supaya tentera darat Amerika keluar dari Jepun dan menutup pangkalan tentera mereka di Jepun. Mengenai dasar luar Jepun, Parti Sosialis menggalakkan polisi neutral, melalui perjanjian damai dengan Amerika Syarikat, Soviet Rusia dan Republik China.
• Parti Demokratik Sosialis dibentuk pada Januari 1960 oleh kumpulan yang keluar dari Parti Sosialis pada tahun yang lalu. la berpegang kepada ideologi yang ekstrem dan berusaha untuk membentuk masyarakat sosialis melalui proses demokrasi. Prinsipnya serupa dengan Parti Demokratik Sosialis di Eropah, dan polisinya termasuklah mendapatkan kerjaya penuh (full employment), sistem kebajikan sosial yang kukuh dan peningkatan taraf hidup golongan miskin. Parti ini mempunyai polisinya tersendiri dan tidak bergantung kepada parti-parti lain.
Selain daripada parti-parti tersebut, terdapat juga parti Komeikai, Paiti Komun.s Jepun (JCP) dan United Social Democratic Party.

Kewujudan Puak dalam Parti
Keunikan politik Jepun
ialah kemunculan puak-puak dalam parti. Parti Demokratik Liberal mempunyai 5
kumpulan terbesar. Setiap kuumpulan dibentuk berdasarkan persamaan kepentingan
peribadi, bukannya didorong oleh perbezaan pandangan. Ketua-ketua bagi setiap
kumpulan tersebut memberi wang kepada
pengikut-pengikutnya semasa pilihan raya dan membantu ahli-ahli yang setia untuk mendapatkan kedudukan penting dalam parti dan kabinet. Sistem politik Jepun yang bersifat tradisional tetapi telah berjaya mencipta sebuah negara moden yang berjaya merupakan satu perkara yang menank.

boleh tumpang tanya. dari mana awak dapat maklumat mengenai politik di jepun? boleh tolong berikan link website tersebut jika ada? atau ini bersumberkan buku boleh tolong beritahu makumat mengenai buku tersebut?
ReplyDelete