Jepun-Barat
Dalam
usaha untuk memahami pertembungan antara tamadun Barat dengan tamadun Jepun,
adalah wajar sekiranya diteliti dan dikaji mengenai latar belakang Jepun
tradisional dan sebab-sebab kedatangan kuasa-kuasa Barat. Untuk tujuan mi, kita
akan mengkaji proses pertembungan antara Barat-Jepun yang menimbulkan persoalan
kenapakah ianya berlaku dan bilakah ianya berlaku? Akhirnya kita akan melihat
mengenai dampak (implikasi) kedatangan Barat ke Jepun dari tiga bidang iaitu
sosio budaya, politik dan ekonomi. Lebih menarik lagi untuk dikaji ialah
bagaimana Jepun berjaya menjepunkan tamadun Barat sebagaimana yang berlaku
kepada tamadun Cina.
Kuasa
Eropah yang pertama tiba ke negara Jepun adalah orang Portugis, iaitu pada
tahun 1542 apabila sebuah kapal Cina yang membawa tiga orang Portugis dari
Melaka hanyut berdekatan Pulau Kyushu. Ketibaan dan penemuan ini membuka jalan
kepada orang Portugis untuk berdagang di Kagoshima apabila mereka bertapak di
Macao pada tahun 1557. Orang Portugis mendesak bahawa mereka akan berdagang
hanya sekiranya Daimyo-daimyo tempatan memberi kebebasan agama Kristian kepada
mubaligh Kristian Portugis untuk bertapak diSMi. Tujuh tahun kemudian, Sir
Francis Xavier, seorang mubaligh Kristian tiba di Kagoshima. Ketibaan orang
Portugis ke Jepun seiring dengan peristiwa kemuncak perang saudara yang
diakibatkan oleh kelemahan kesyogunan mengawal keadaan negara. Orang Portugis
mengambil kesempatan dengan membekalkan senjata dan senapang semasa peperangan
ini, dan juga membawa masuk agama Kristian. Dalam konteks ini, orang Jepun
dapat merasakan kelebihan tamadun Eropah terutama dalam teknologi persenjataan
dan peperangan.
Berdasarkan kepada perkembangan ini, Maharaja Jepun akhirnya memutuskan bahawa agama Kristian bercanggah dengan masyarakat Jepun dan mengisytiharkan semua mubaligh diarahkan pulang atau keluar dari negara Jepun pada tahun 1857. Pada masa itu suatu pergerakan anti-Kristian mula muncul dan antara faktor kemunculan tersebut ialah pertama, apabila terdapat paderi Kristian memusnahkan Candi Shinto dan Kuil Buddha; dan kedua, ajaran Kristian menyatakan kedudukan Pope setaraf dengan Maharaja Jepun (yang dianggap separa keTuhanan). Doktnn Kristian bukan sahaja melemahkan kepercayaan Tuhan asal orang Jepun tetapi mencabar ideologi negara mereka. Di samping itu, wujud persaingan di kalangan paderi-paderi Jesuit dan paderi- paderi Sepanyol (Filipina). Pada tahun 1,600 Masehi terdapat sejumlah 300,000 orang Jepun yang telah menganut agama Kristian. Pemerintah Kesyogunan Tokugawa, leyasu Tokugawa menyedari perkembangan pesat pengaruh agama Kristian dan kekuatan serta kemodenan angkatan tentera kuasa-kuasa Barat. Daimyo-daimyo yang beragama Kristian memaksa pengikutnya memeluk agama Kristian sebagai membantah Kesyogunan Tokugawa. leyasu Tokugawa memulakan kempen anti-Kristian pada tahun 1615 dan bertindak membunuh mubaligh-mubaligh Portugis dengan kejam. Tindakan ini bertujuan memaksa rakyat meninggalkan agama Kristian dan pada masa itu, agama Kristian telah diharamkan sama sekali dan rarnai orang Jepun yang beragama Kristian dibunuh. Pada tahun 1638, Syogun telah memerintahkan semua orang Portugis meninggalkan negara Jepun dan bermulalah dasar pemencilan Jepun (isolasi). Perdagangan antarabangsa terhad kepada pedagang-pedagang Cina, Korea dan Belanda. Dasar pemencilan atau penutupan pintu berlangsung sejak tahun 1638 sehmgga 1853. Dalam tempoh masa ini, wujud keamanan di negara Jepun selama lebih dua kurun yang secara langsung memperkukuhkan kedudukan Kesyogunan Tokugawa dan penentangan semakin berkurangan. Menjelang kurun ke-19, muncul golongan terpelajar dan inteiek yang mulai mempersoalkan dan mempertikaikan mengenai kepimpinan Kesyogunan Tokugawa.

Timbul
perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan dan pemerintahan Kesyogunan
Tokugawa terutama dari kalangan daimyo-daimyo, samurai dan rakyat jelata
sehingga membawa kepada kebangkitan menentang pemerintah. Dalam masa sama,
orang Jepun amat tertarik dengan kemajuan Barat dalam bidang anatomi,
perubatan, sains dan teknologi. Syogun membenarkan kemasukan buku-buku Barat
kecuali buku mengenai agama Kristian. Percubaan awal untuk membuka pintu negara
Jepun telah dibuat oleh orang Rusia pada tahun 1739 tetapi mengalami kegagalan.
Selain Rusia, kuasa Barat lain iaitu Amerika Syarikat mendapati negara Jepun amat baik lokasinya sebagai tempat persinggahan perjalanan yang penring. Pada 3 Julai 1853, Komander Matthew Calbraith Perry dibenarkan menghantar surat dari Presiden Amerika Syarikat yang ditujukan kepada Maharaja Jepun di Edo. Antara kandungan surat ini menyatakan hasrat Amerika Syarikat untuk membuka sebuah atau lebih pelabuhan di Jepun untuk berdagang; hak untuk membeli arang batu di pelabuhan tertentu; dan mendapatkan jaminan bahawa kelasi kapal Amerika yang karam berdekatan akan diberi perlindungan dan layanan yang sempurna. Akhirnya surat tersebut diterima oleh Maharaja Jepun setelah menunggu selama enam hari. Walaupun Daimyo-daimyo ingin mengekalkan dasar tutup pintu, tetapi ianya ditentang oleh Kesyogunan Tokugawa dan mendapatkan persetujuan dari Maharaja Jepun untuk membuka pintu. Komodor Perry kembali semula ke Jepun bersama-sama dengan skuadron yang mengandungi tujuh buah kapal pada 13 Februari 1854. Akhirnya, persetujuan dicapai antara Jepun dengan Amerika Syarikat yang membentuk kepada Perjanjian Kanagawa yang ditandatangani pada 31 Mac 1854. Antara kandungan perjanjian ini ialah pertama, membuka dua pelabuhan iaitu Shimoda dan Hekodate sebagai tambahan kepada pelabuhan Nagasaki, iaitu kapal-kapal Amerika boleh dibaiki, mendapat bekalan makanan dan arang batu. Kedua, melayan dengan baik dan menghantar pulang kelasi kapal karam Amerika yang dijumpai di pelabuhan-pelabuhan tersebut. Dan ketiga, membenarkan seorang Konsul Amerika ditempatkan di Shimoda.
Lain-lain kuasa Eropah yang memerhatikan perkembangan pengaruh Amerika Syarikat turut mengambil langkah dan tindakan sama. Akhirnya, kerajaan Jepun terpaksa menerima dan membuka peluang untuk membenarkan kuasa-kuasa ini menjalankan perdagangan. Pedagang-pedagang British dibenarkan berdagang di Hakodate dan Shimoda, manakala pedagang-pedagang Belanda kini mendapat layanan yang sama. Apabila era kemasukan Barat bermula dan berkembang, puak-puak anti-Kesyogunan Tokugawa mula menunjukkan penentangan terhadap Syogun Tokugawa kerana membuka pintu Jepun kepada orang asing. Akhirnya, Maharaja Jepun mengambil keputusan untuk memerintahkan supaya Syogun Tokugawa supaya jangan melibatkan diri dalam sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa asing lagi.

Dampak Kemasukan Tamadun Barat
Interaksi
antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah memberikan dampak- dampak berbentuk
positifdan negatif, kepada negara Jepun. Dampak-dampak ini merupakan
perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan dalam semua aspek ketamadunan
sama ada dalam bidang politik, sosiobudaya, kepercayaan dan agama, atau
ekonomi. Dalam bidang politik, natijah pertembungan antara negara Jepun dengan
kuasa-kuasa Barat, secara umumnya telah membawa dampak kepada kemerosotan dan
kejatuhan sistem kesyogunan, Kesyogunan Tokugawa. Pembukaan pintuJepun kepada
hubungan dan kemasukan orang asing, bermula dengan Amerika Syarikat telah
mendapat tentangan daripada kalangan Daimyo- daimyo dan pembesar-pembesar
feudal lain. Kumpulan anti-Kesyogunan Tokugawa ini telah berjaya memujuk
Maharaja Jepun dengan mengatakan bahawa Syogun Tokugawa sering membuat
keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Maharaja, jika ianya melibatkan
hal-ehwal orang asing. Maharaja Jepun mengambil keputusan memerintahkan supaya
Syogun Tokugawa jangan melibatkan diri dengan hal-ehwal orang asing. Ini
menyebabkan orang Barat semakin lama semakin hilang kepercayaan kepada Syogun
Tokugawa dan akhirnya, bertindak tidak memberikan sokongan kepada Tokugawa
untuk menentang kumpulan anti-Kesyogunan Tokugawa iaitu Daimyo-daimyo dan
pembesar-pembesar feudal. Selepas kejatuhan Kesyogunan Tokugawa pada tahun
1868, maka bermulalah proses pembentukan negara Jepun moden di bawah
pemerintahan Maharaja Mutsuhito yang menggelarkan kerajaannya sebagai
KerajaanMeiji dan melaksanakan dasurPemulihan Meiji..
Dalam bidang pentadbiran undang-undang, pemimpin-pemimpin pemerintahan Meiji telah menghapuskan sistem feudal dan memperkenalkan undang-undang Barat antaranya pelajaran wajib, penyusunan jabatan kerajaan pusat, mengetepikan halangan dan kelas-kelas sosial. Kerajaan juga membenarkan perjalanan ke luar negara, penerbitan surat khabar, majalah dan mendorong rakyat berkecimpung dalam bidang perniagaan. Matlamat jangka panjang pemerintahan Meiji ialah dasar penaklukan.
Dalam bidang sosiobudaya, berbanding dengan orang Barat yang bersikap lebih lantang dan terbuka, orang Jepun merupakan masyarakat yang lemah- lembut, bersopan-santun dan penyabar. Orang Jepun lebih merendah diri berbanding dengan orang Eropah yang dianggap berbangga diri. Kerana itulah orang Eropah begitu kagum dengan sosiobudaya masyarakat Jepun. Budaya tani Jepun dahulu telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh budaya Barat yang berasaskan ternakan. Haiwan ternakan merupakan suatu unsur yang nyata tidak wujud dalam kehidupan tradisi bangsa Jepun sehingga kedatangan kuasa Barat pada zaman Meiji. Walaupun pengaruh Barat telah bertapak tetapi ianya tidak memberi kesan besar terhadap budaya Jepun yang kukuh. Asimilasi orang Jepun dengan Barat dapat dilihat masa kini, terutama di Kepulauan Hawaii selepas mereka mendapat kewarganegaraan Amerika Syarikat terutama selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Interaksi antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat ini memberikan dampak dalam bidang pendidikan. Orang Jepun mulai berasa kagum dengan kemajuan serta pencapaian dan kemodenan negara-negara Barat. Untuk itu, kerajaan Jepun telah mengirim penuntut-penuntutnya ke negara-negara Barat untuk mempelajari dan mendalami bidang sains, teknologi, perubatan dan ketenteraan Barat yang dianggap lebih maju dalam proses pembentukan negara Jepun moden. Ramai penuntut Jepun yang kembali dari negara Britain membawa bersama mereka ilmu pengetahuan mengenai teknik dan teknologi pembaikan kapal, idea industri berat daii cebagainya. Menjelang pertengahan kurun ke-19, hampir setiap kampung mempunyai sekolah sendiri dan menurut orang Perancis, iaitu pada tahun 1877 tiada suatu kampung di negaraJepun yang wujud tanpa sekolah.
Interaksi antaraJepun dengan kuasa-kuasa Barat, menyebabkan orang Jepun sentiasa memerhatikan dan mengawasi perkembangan sains moden serta pencapaian orang Eropah dan Amerika Syarikat. Komodor Perry memiliki dua buah kapal wap sementara hadiah-hadiah yang diberikan kepada Maharaja Jepun termasuklah satu model enjin wap kereta api, alat telegraf, kapal wap dan alat kelengkapan tentera yang moden. Pada tahun 1882, kerajaan telah menubuhkan sebuah akademi tentera di samping pemodenan kelengkapan ketenteraan termasuk senapang dan senjata perang yang telah memantapkan kekuatan ketenteraannya. Kerajaan Jepun menyedari bahawa setelah mempelajari dan memperolehi teknologi ketenteraan moden maka ini akan meletakkannya setaraf dengan kuasa-kuasa Barat. Pemodenan dan kekuatan ketenteraan akan dapat melaksanakan dasar penaklukan kuasa di luar Jepun terutamanya di negara China dan Semenanjung Korea. Dalam Perjanjian Harris, ianya memberikan hak istimewa kepada Amerika Syarikat berbanding dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Dengan adanya perjanjian ini, Amerika Syarikat diberikan kebebasan untuk berdagang dan membekalkan bahan api semasa dalam perjalanan ke bahagian- bahagian Asia yang lain. Pada tahun 1894, tercetus pertelingkahan antara negara Jepun dengan China. Tentera Imperial Jepun memasuki Manchuria dan China dikalahkan, membawa Perjanjian Shimonseki pada tahun 1895. Pada tahun 1902, Perjanjian Britain-Jepun ditandatangani yang mengiktiraf kedudukan Jepun setaraf dengan Britain dan sekiranya berlaku peperangan, Britain dikehendaki memberikan sokongan ataupun berkecuali. Pemodenan ketenteraan Jepun ternyata, meletakkan negara ini sebagai salah suatu kuasa besar sehingga tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.
Dalam sistem perhubungan dan komunikasi, implikasi penting pertembungan Jepun dengan Barat adalah sistem perhubungan, iaitu infrastruktur kereta api sebagai suatu alat hubungan yang penting. Sistem jalan kereta api bermula pada tahun 1872 sejauh kira-kira 18 km. Pada masa kini, sistem jalan kereta api merupakan antara termoden di dunia malah merupakan alat pengankutan awam yang amat penting. Selain itu, kapal-kapal laut dan tentera telah diperkenalkan oleh Barat. Ianya memainkan peranan penting bagi Jepun semasa melaksanakan dasar penaklukan atau perluasan kuasa di negara China, Semenanjung Korea dan dalam Perang Dunia Kedua. Dalam bidang komunikasi, alat telegraf yang dihadiahkan kepada Maharaja Jepun telah membuka jalan ke arah sistem pemodenan komunikasi di Jepun. Alat ini telah dikaji dan direka dengan lebih moden lagi oleh orang Jepun. Akhirnya, suatu sistem pos moden diperkenalkan bagi tujuan komunikasi.
Dalam sistem kepercayaan dan agama, titik permulaan kemasukan kuasa- kuasa asing ke Jepun menandakan masuknya agama Kristian. Di peringkat awal, ramai yang menerima agama ini tetapi lama-kelamaan agama Kristian im mendapat tentangan terutama daripada pembesar-pembesar Jepun. Penentangan ini timbul kerana ianya dianggap bercanggah dengan fahaman Buddha dan ajaran adat istiadat Shintoisme Jepun.
Dalam bidang ekonomi, interaksi antara Jepun dengan Barat memberikan dampak kepada negara Jepun. Antaranya adalah untuk memulihkan nilai mata wang, iaitu langkah diambil pada tahun 1872 apabila perintah dikeluarkan untuk menubuhkan sistem bank yang moden mencontohi bank-bank Amerika Syarikat. Bank kebangsaan pertama ditubuhkan pada tahun 1873 dengan gabungan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan dunia luar juga membawa banyak keuntungan dan pertukaran mata wang asing ke negara Jepun. Manakala dalam bidang pemilikan tanah, hak milik tanah individu cara Barat telah membuka mata orang Jepun dalam proses permodenan. Sebelum ini, tanah merupakan milik kepada pembesar-pembesar sahaja tetapi kini hak milik diberikan kepada semua golongan masyarakat termasuk kaum petani. Kesannya, ini membawa kepada sistem pembayaran cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudal.
Industri perkilangan dipertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat) dibuka untuk membekalkan pembinaan kapal dan keretapi. Kilang-kilang ini membekalkan tenaga dan alat-alat kelengkapan peperangan untuk usaha penaklukan kuasa. Pengetahuan seperti ini dibawa masuk melalui penasihat-penasihat asing dari luar negara. Manakala modal dipinjam daripada golongan kaya feudal yang sedia ada. Ini membolehkan negara Jepun memajukan sektor perindustriannya tanpa cagaran dalam bentuk pinjaman bank dengan kuasa-kuasa Barat, terutama pergantungan dari sudut ekonomi.
Secara umumnya, pertembungan antara Jepun dengan Barat banyak membawa dampak-dampak positif dan negatif. Kedua-dua belah pihak mendapat faedah dari interaksi pertembungan ini. Melalui pertembungan ini, negara Jepun telah mendapat banyak manfaat dalam proses pemodenan negara tersebut. Menariknya, pencapaian dalam ketamadunan ini menunjukkan bagaimana negara Jepun tidak pernah dijajah atau dipengaruhi kuat terutama dari segi politik oleh kuasa-kuasa Barat. Malahan Jepun telah diletakkan setaraf dengan kuasa-kuasa Barat dari sudut perekonomian dan ketenteraan. Mereka telah banyak mempergunakan teknologi Barat, ilmu pengetahuan sains dan sebagainya untuk memodenkan negara Jepun. Dalam konteks kontemporari, negara Jepun merupakan salah sebuah kuasa utama dalam ekonomi antarabangsa dan sejagat.

No comments:
Post a Comment