Tamadun Jepun Moden berjaya
mengekalkan keunggulannya sehingga kini. Masyarakat Jepun memperlihatkan
kebijaksanaan mereka dalam menerima pengaruh tamadun asing dan kemudian
menyesuaikannya dengan keadaan negara Jepun. Pada mulanya, Jepun banyak
menerima pengaruh tamadun Cina. Kemudian, setelah menjalinkan hubungan dengan
Barat semasa pemerintahan Meiji, masyarakat Jepun mula mencontohi Barat dalam
politik, ekonomi, pendidikan dan ketenteraan.
Sikap masyarakat Jepun juga
membantu menjayakan tamadun ini. Rakyat Jepun bekerja dengan tekun, menghormati
ketua, mempunyai keberanian dan disiplin yang tinggi dan saling bekerjasama
dalam usaha memajukan syarikat. Selain dari itu, masyarakat Jepun juga tidak
pernah melupakan nilai-nilai tradisi walaupun negara mereka mengalami pemodenan
pesat. Perkara ini menyebabkan tamadun Jepun menjadi begitu unggul di mata
dunia walaupun Jepun pernah mengalami kekalahan teruk dalam Perang Dunia Kedua.
Seperkara lagi yang sangat perlu diberi perhatian tentang tamadun Jepun kini ialah
kemajuan yang dicapainya dalam sistem pengurusan yang dipanggil Kanzen. Di
dalam sistem ini perkara yang sangat unik dan baik dilakukan ialah melakukan
kerja secara berkumpulan dan menganggap semua pekerja sebagai sama penting.
Dengan ini segala keputusan dapat dibuat dengan saksama dan bijaksana di
samping memupuk semangat setiakawan dalam syarikat atau organisasi atau
jabatan.
Tamadun Jepun amat relevan
dalam konteks pembangunan dan kemajuan di Malaysia pada masa kini. Ini dapat
dilihat melalui sistem pengurusan
QCC {Quality Control Circle)
dan Kanzen (Total Management) Jepun dalam pengurusan syarikat dan jabatan
kerajaan amat penting. Lebih daripada itu Malaysia sudah dan sedang mencontohi
Jepun dengan Dasar Pandang ke Timumya.
No comments:
Post a Comment