BUDAYA JEPUN
Kimono merupakan pakaian
tradisi masyarakat Jepun. Sebelum wujudnya kimono, masyarakatJepun memakai
kosode iaitu baju bertangan kecil. la dipakai sebagai undergarment pada zaman
Nara (710-794). Tetapi pada pertengahan kurun ke-16, kosode dipakai sebagai
outer garment (baju di sebelah luar). Hanya pada kurun ke-18, barulah kimono
popular di kalangan masyarakatJepun.
Semasa zaman Meiji (1868-1912), kebanyakan kaum lelaki gemar berpakaian ala-Barat. Mereka hanya memakai kimono semasa menghadiri majlis tertentu atau semasa bersantai di rumah. Manakala kaum wanita pula mula menggemari kimono pada permulaan zaman Showa (1926-1989). Kini, mereka hanya memakai kimono semasa majlis atau perayaan tertentu. Begitu juga dengan kanak-kanak.
Kimono yang digayakan menggambarkan perayaan, latar belakang perayaan, musim perayaan dan masa perayaan. Satu perkara yang menarik mengenai kimono ialah ia melambangkan sikap dan perangai si pemakai.

Jepun dikatakan mempunyai
kadar celik huruf yang tertinggi di dunia, iaitu 98% dan mereka masih
mengekalkan statistik tersebut hingga ke hari ini. Untuk menguasai bahasa
mereka sendiri, masyarakatJepun hendaklah mempelajari 4 jenis tulisan: Kanji,
Hiragana, Katakana dan Romanii.
Kanji asalnya adalah tulisan Cina vang kerbenwkpictographs. Tulisan ini diperkenalkan ke Jepun oleh orang-orang Cina pada kurun ke-5. Di dalam Kanji, terdapat 40,000 character, tetapi untuk membaca akhbar bertulisan kanji, seseorang itu hanya perlu mengetahui 2,000 character. Warga tua Jepun menggunakan tulisan kanji yang berbeza dengan generasi muda vang berpendidikan moden. Sesetengah tulisan kanji mempunyai 1C cara sebutan yang berbeza. Perkara ini bergantung kepada konteks dan makna. Kedua-dua masyarakat Cina dan Jepun boleh memahami tulisan kanji, walaupun mereka tidak dapat berhubung secara lisan (kerana perbezaan sebutan)
Hiragana ialah tulisan yang bersambung dan condong. la terdiri daripada suku kata yang mempunyai 50 bunyi. la digunakan untuk menghubungkan tulisan kanji dan untuk menulis perkataan Jepun berdasarkan bunyi. Biasanya ia digunakan untuk menulis nama-nama stesen keretapi.
Katakana, juga seakan-akan Hiragana. la juga merupakan suku kata yang mengandungi 50 bunyi, tetapi tulisannya berbentuk empat persegi. Oleh itu, ia kelihatan seolah-olah tulisan yang dicetak walaupun ia sebenarnya merupakan tulisan tangan. Katakana digunakan untuk menulis 'perkataan bukan Cina' dalam bahasa Jepun. Secara ringkasnya, tulisan kanji lebih merupakan gambar (hubung kait antara simbol dan perkataan). Sementara itu, Hiragana dan Katakana lebih mementingkan bunyi.
Satu lagi tulisan yang digunakan oleh masyarakat Jepun ialah Romanji (menggunakan abjad roman). Perkataan Jepun boleh disesuaikan dengan Romanji. Kebanyakan masyarakat Jepun boleh membaca dan menulis tulisan Romanji. Tulisan ini juga digunakan untuk menulis nama stesen-stesen kereta api. Biasanya Romanji digandingkan dengan salah satu dari tiga tulisan Jepun (Kanji, Hiragana dan Katakana). Kanji agak sukar dan memakan masa bertahun- tahun untuk dipelajari. Sebaliknya, Hiragana dan Katakana boleh dipelajari dalam masa yang singkat (iaitu hanya beberapa minggu).

Masyarakat Jepun masih
menghargai nilai-nilai tradisi walaupun negara mereka telah bertukar menjadi
sebuah negara moden. Oleh kerana itu, masyarakat Jepun masih terus merayakan
hari-hari kebesaran dan perayaan-perayaan yang wujud sejak zaman silam.
Sehingga ini, terdapat pelbagai perayaan di Jepun yang menggambarkan
kepercayaan, pegangan hidup dan sikap masvarakat Jepun. Seperti masyarakat
Cina, kebanyakan masyarakat Jepun merayakan semua
perayaan yang terdapat di kawasan mereka tanpa mengira agama atau mazhab. Bagi mereka, perayaan menandakan perubahan musim.
perayaan yang terdapat di kawasan mereka tanpa mengira agama atau mazhab. Bagi mereka, perayaan menandakan perubahan musim.
Perayaan Tahun Baru
Perayaan ini disambut dari 1 hingga 3 Januari setiap tahun. Sejak 29 Disember lagi, pejabat-pejabat dan syarikat-syarikat kerajaan dan swasta ditutup. Kebanyakan penduduk kota akan kembali ke kampung halaman masing-masmg. Rumah-rumah dibersih dan dihias sebagai melambangkan semangat baru.Ada juga rumah-rumah yang dihias dengan pokok pain dan buluh sebagai lambang keabadian.
Semasa malam tahun baru, semua ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Pada waktu tengah malam, kuil-kuil Buddha membunyikan loceng 108 kali untuk menghalau semangat jahat. Pada keesokan hari, ramai orang berkunjung ke kuil Buddha dan tempat ibadat Shinto untuk berdoa agar mendapat kesejahteraan hidup. Di rumah, masyarakat Jepun menikmati makanan tradisional iaitu ozoni dan menghabiskan masa dengan pelbagai permainan. Kanak-kanak pula menerima sampul surat berisi wang yang dinamakan otoshi-dama.
Kodomo-no-Hi (Hari kanak-kanak)
Kodomo-no-Hi merupakan perayaan tradisional Jepun. la disambut pada 5 Met setiap tahun untuk meraikan proses pembesaran kanak-kanak. Perayaan ini menunjukkan bahawa orang-orang Jepun menitikberatkan kanak-kanak. Perkara ini berlawanan dengan orang-orang Barat yang lebih memberi tumpuan kepada golongan dewasa. Selain dari hari kanak-kanak, orang-orang Jepun juga merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa.
Hina-Matsuri (Perayaan A nak Patting)
Perayaan ini disambut pada 3 Mac untuk menandakan kegembiraan bagi kanak- kanak perempuan. Pada hari perayaan, masyarakat Jepun menghiaskan rumah mereka dengan anak patung dan menyediakan makanan-makanan istimewa. Pada masa ini, pokok pic biasanya akan berbuah. Oleh itu, perayaan ini juga dikenali sebagai 'perayaan pokok pic' (Peach Festival). Hina-Matsuri menunjukkan bahawa orang-orang Jepun mendidik anak-anak perempuan agar menyedari peranan mereka kelak sebagai isteri dan ibu yang baik.
Setsubun
Perayaan ini disambut sehari sebelum hari pertama musim bunga. Selalunya perayaan ini jatuh pada 3 atau 4 Februari. Orang-orang Jepun membuang sejenis kacang (parched beans) di sekitar rumah mereka untuk membuang sial dan membawa kesejahteraan kepada ahli keluarga. Setsubun juga dirayakan di kuil- kuil Buddha dan tempat ibadat Shinto.
Hana-mi
Pada akhir Mac dan awal April, pokok ceri berbunga. Pada masa inilah, masyarakat Jepun merayakan hana-mi dengan mengadakan parti dan perkelahan di bawah pokok ceri untuk menyambut kedatangan musim bunga.
Perayaan musim bunga
8 April adalah tarikh lahir Buddha. Pada hari ini, kuil-kuil mengadakan perayaan dengan teh manis disiram pada patung Buddha yang kecil.
Perayaan kanak-kanak lelaki
Perayaan ini disambut pada 5 Mei. Pada hari tersebut, patung-patung yang berpakaian tentera dipamerkan . Ini merupakan satu inspirasi supaya kanak- kanak lelaki akan membesar dan menjadi pemuda-pemuda yang ideal.
Koi-Nobori
Patung ikan karp yang diperbuat daripada kain dikibarkan pada 5 Mei. Perkara ini sebagai menandakan harapan bahawa kanak-kanak lelaki akan membesar dan menjadi tangkas seperti ikan karp yang tangkas berenang di dalam air.
Kegemaran Masa Lapang Masyarakat Jepun
Muzik. Terdapat 2 jenis muzik iaitu muzik tradisional Jepun dan muzik barat. Muzik tradisional Jepun termasuklah Gagaku yang selalu dimainkan di istana raja dan tempat ibadat Shinto. Selain dari Gagaku, ada juga muzik yang dinamakan Samisen. Muzik ini dihasilkan oleh sejenis alat muzik yang mempunyai 3 tali. Samisen selalu dimainkan untuk mengiringi kabuki, pertunjukan puppet Bunraku dan tarian klasik. Sehingga kini, Samisen masih popular di Jepun.
Muzik Barat diperkenalkan di Jepun selepas 1860-an. Semenjak tahun itu, muzik Barat telah diajar dalam kurikulum sekolah. Terdapat juga sekolah muzik profesional di Jepun.
Teater
Terdapat 3 jenis drama
klasik di Jepun iaitu drama noh, pertunjukan puppet (Bunraku) dan persembahan
kabuki. Drama 'Noh' bermula sejak kurun ke-13 apabila pelbagai tarian keagamaan
diperkenalkan. Drama ini telah diperbaiki lagi pada kurun ke-15. Pada masa
silam, drama ini dipentaskan untuk golongan bangsawan. Tetapi pada hari ini,
lajuga ditayangkan untuk orang awam. Drama 'Noh' diminati ramai kerana
mempunyai gaya dan simbol tersendiri.
Pertunjukan puppet (Bunraku) mula diperkenalkan pada kurun ke-16. Dalam pertunjukan puppet, perasaan manusia diterjemahkan melalui patung- patung, dengan iringan muzik samisen. Ajaran Buddha yang menyatakan bahawa hidup merupakan satu penderitaan bertukar kepada konsep baru iaitu 'oleh
kerana hidup ini bersifat sementara, maka manusia hendaklah memkmatinya dengan bersukariaselagi berkesempatan'.
Persembahan Kabuki bermula pada kurun ke-17. Persembahan ini merupakan gabungan adegan-adegan menarik dalam drama 'Noh' dan tariannya, pertunjukan puppet dan pertunjukan teater. Kabuki dijayakan oleh sekumpulan perempuan muda, dan kemudiannya oleh golongan pemuda. Kini Kabuki telah mengalami sedikit perubahan.
Shimpa diperkenalkan pada akhir kurun yang lalu. Shimpa merupakan teater yang berada di antara Kabuki dan teater moden. Pada mulanya, teater ini hanya disertai oleh kaum lelaki, tetapi kemudiannya turut disertai oleh pelakon- pelakon "wamta.
Kini, terdapat banyak kumpulan teater moden di Jepun, terutamanya di kalangan generasi muda. Teater-teater yang dipersembahkan bukan hanya meliputi hasil tulisan klasik Shakespeare, Moliere dan Ibsen, tetapi juga meliputi hasil tulisan penulis-penulis Jepun moden dan penults moden dari negara luar.

Upacara ini dipengaruhi
oleh zen Buddhisme. la cuba menunjukkan bahawa rutin dalam kehidupan seharian
boleh dijelmakan sebagai satu kesenian. Upacara minum teh bermula pada akhir
kurun ke-15 dan kemudiannya diperbaiki lagi oleh Sen no Rikyu pada kurun ke-16.
Pada hari ini, upacara minum teh dikenali sebagai chado. Upacara minum teh
menonjolkan nilai kesenian yang memberikan keindahan dalam pelbagai bentuk,
iaitu dengan menggabungkan pemikiran dan tingkah laku yang baik. Selain dari
itu, upacara ini Juga mementingkan etika, alat-alat dan perhiasan dalam bentuk
yang ringkas.
Seni gubahan bunga juga
dipengaruhi oleh zen Buddhisme. la merupakan satu lagi kesenian yang terjelma
dari rutin seharian. Ikebana mula dijadikan sebagai satu bentuk kesenian pada
akhir kurun ke-15. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, ikebana bukan hanya sekadar
gubahan bunga, tetapi mempunyai makna tersendiri. Penggubah bunga seolah-olah
mendapat semangat baru apabila dia cuba menjadikan bunga mekar dalam waktu yang
panjang. Semasa menghasilkan ikebana, penggubah bunga seolah-olah bersatu
dengan alam, untuk menggambarkan keharmonian antara syurga, bumi dan manusia.
Inilah yang ingin dicapai oleh ikebana.
Dalam sukan di Jepun,
strategi yang digunakan ialah mengambil kesempatan di atas kekuatan pihak lawan
dengan menjadikan kekuatan tersebut mengalahkan pihak lawan itu sendiri.
Teknik utama yang digunakan dalam seni mempertahankan diri ialah cara 'tarikan'. Dalam Judo, teknik menarik musuh dengan kuat digunakan. Dalam kendo, teknik menarik pedang diamalkan, sementara karate pula mengamalkan teknik menarik musuh.
Pada mulanya, judo, kendo, archery dan karate digunakan untuk mempertahankan diri. Kemudian setelah kedatangan pengaruh Konfusianisme dan Buddhisme, seni tersebut telah bertukar kepada satu bentuk disiplin minda dan tubuh badan. Seni ini merangkumi aspek fizikal (teknik dan cara mempertahankan diri) dan aspek spiritual (etika dan moral). Seperti sukan yang lain, seni mempertahankan diri mengajar tentang kepentingan berlaku adil, setia dan hormat.
Sukan yang popular di Jepun ialah Sumo. Pada masa dahulu, sumo dikaitkan dengan ketuhanan. Kampung yang menang dalam sumo akan menerima hasil pertanian yang banyak. Kini, sumo hanya merupakan sukan semata-mata. Sumo telah terkenal di mata dunia sehinggakan muncul 2 orang dari Hawaii (Takamiyama dan Konishiki) yang handal dalam sumo.

No comments:
Post a Comment