LATAR BELAKANG JEPUN




LATAR BELAKANG DAN PENUBUHAN: SEJARAH TAMADUNJEPUN



Nama untuk negara Jepun atau Nihon (Nippon) datum bahasa Jepun bermakna Tanoh Matahari Terbit dan juga dikenali sebagai Yamato. Istilah Nihon digunakan buat pertama kalinya oleh cendekiawan-cendekiawan Korea pada awal kurun ke-7 yang berkunjung ke negara Jepun. Istilah Nippon pula digunakan dengan meluas semasa Era Meiji (1868-1912) dan Era Taisho (1912-1926). Istilah Nihon digunakan dengan meluas dan dirujukkan kepada Jepun selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Kepulauan Jepun mengandungi empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Kyushu, Shikoku dan Hokkaido, dan dianggarkan terdapat sejumlah hampir enam ratus buah pulau kecil di sekitarnya. Tumpuan utama penduduk Jepun sejumlah besamya menetap di Pulau Honshu, Kyushu dan Shikoku. Jepun mengalami ikiim sederhana yang mengalami empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Purata suhu di Jepun sentiasa berubah-ubah setiap tahun misalnya, suhu di Tokyo biasanya dalam lingkungan 37 C pada bulan Januari meningkat kepada 39 C pada bulan Ogos. Keadaan muka bumi yang berlainan mempengaruhi keadaan suhu. Kawasan pantai barat dan barat laut Pulau Hokkaido dan Honshu misalnya, terletak dalam kawasan yang berhawa dingin dan bersaiji apabila tiba musim sejuk.

Dari segi ekonomi, Jepun merupakan negara yang kaya dengan sumber dan hasil bumi, terutamanya arang batu tetapi memiliki kawasan tanah subur untuk bercucuk tanam yang terhad. Galian sulfur juga terdapat dengan banyaknya hasil daripada letusan gunung berapi yang aktif. Selain arang batu dan sulfur, negara ini juga kaya dengan sumber alam lain terutamanya besi, zink, aluminium, kromium, magnesium dan uranium. Gunung yang terkenal di Jepun ialah Gunung Fuji yang mempunyai ketinggian 12,461 meter. Daripada sejumlah 250 buah gunung yang terdapat di Jepun, kebanyakannya merupakan gunung berapi aktif dan masih mengeluarkan lahar. Dianggarkan sejumlah lebih daripada 50 buah gunung berapi yang aktif dan pergerakan bawah tanah menghasilkan lebih dari seribu pancutan dan kolam air panas di Jepun.

Negara Jepun terletak dalam lingkungan gunung berapi yang aktif di Asia Pasifik (TimurJauh). Lanar gunung berapi di Jepun merupakan punca utama kesuburan tanah dan bersesuaian untuk kegiatan pertanian. Di peringkat awal, kegiatan ekonomi utama masyarakat Jepun ialah kegiatan pertanian dan perikanan. Kawasan dataran yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian kebanyakannya terletak di kepulauan Honshu. Tiga kawasan dataran tersebut ialah Kanto (Teluk Tokyo), Kinai (Teluk Osaka) dan di Teluk Ise. Dataran- dataran ini berpenduduk padat, merupakan kawasan pengeluaran makanan, sumber kekayaan dan kekuasaan, dan dataran ini merupakan punca perselisihan dan persaingan di kalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal. Kawasan yang sesuai untuk kegiatan pertanian merangkumi hanya seperlima daripada negara Jepun. Faktor terpenting disebabkan bentuk muka bumi yang tidak rata, sekiranya terdapat sungai ia dipisahkan oleh bukit-bukau atau gunung- ganang. Keadaan muka bumi yang tidak rata mengakibatkan aktiviti pengangkutan dan komunikasi (perhubungan) tidak berjalan dengan begitu baik dan lancar. Sungai terpanjang ialah Sungai Shinano yang mengalir di barat selatan kepulauan Honshu dan sejauh 229 batu yang dianggap kurang sesuai kerana keadaannya yang cetek hanya sesuai untuk pengangkutan ringan sahaja. Jepun memiliki kawasan yang kaya dengan sumber air laut dan orang Jepun amat bergantung sepenuhnya kepada sumber ini. Kekayaan sumber air ini kemudiannya memainkan peranan untuk mengain sistem pengairan, pertanian, perindustrian dan perikanan.



Menurut teorinya, orang Jepun dikatakan berasal dari tiga keturunan iaitu Orang Ainu (Kaukosid), Orang Mongoloid (China-Monggolia) dan Nusantara (Asia Pasifik). Sebahagian besar orang Jepun merupakan keturunan Mongoloid dan mempunyai pertalian rapat dengan orang Cina, Vietnam, Thailand, Burma dan lain-lain. Orang Jepun berketurunan Mongoloid sampai ke Kyushu melalui negara China dan berhijrah ke Honshu. Shikoku dan Hokkaido. Orang Jepun telah bercampur-aduk dengan kumpulan-kumpulan bangsa lain, antaranya dengan orang Ainu.

Dari segi sejarahnya, orang Ainu (bangsa proto-Caucasoid) telah menduduki Jepun lebih awal berbanding dengan orang Mongoloid, iaitu lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Peningkatan kemasukan orang Mongoloid yang berlanjutan sehingga kurun ke-8 lelah mendorong orang Ainu untuk berpindah ke utara Hokkaido. Dalam proses perpmdahan ini berlaku penyerapan orang Amu ke dalam suku bangsa Jepun. Mereka merupakan masyarakat primitif yang hidup memburu dan memungul makanan, dan dipercayai memiliki kebudayaan yang sama dengan Zaman Neolitik, dengan peralatan budaya diperbuat danpada serpihan batu yang leiah digilapkan, tulang ikan dan tanah liat.

Sejarah awal tamadun Jepun dikenali sebagai zaman/owo^ iaitu istilah yang berasal daripada barang-barang yang dicipta dari sejenis tanah liat iaitu Jomon. Dari segi kegiatan ekonomi, mereka merupakan masyarakat yang belum berkemahiran dalam bertani (bercucuk Lanam). maka itu mereka mengamalkan kegiatan memburu bmatang, menguup hasi! hutan dan mengutip hasil laut terutama menangkap ikan dan kerang. Dari segi kebudayaan, mereka masih menggunakan kulit binatang atau kul;t kayu sebagai pakaian. Mereka menggunakan peralatan budaya yang diperbuat daripada batu batan, tulang- belulang dan kayu. Melalui kaedah arkeologi auu cangali, dibuktikan penemuan artifak-artifak antaranya kulit kerang vang ditanam bersama tulang manusia di dalam perkuburan orang Jomon; dan tembikar-tembikar Jomon yang mempunyai kehalusan sent dan corak-corak luar biasa. Penemuan-penemuan mi membuktikan masyarakat asli Jepun telah mencapai tarafseni kebudayaan yang tinggi menjelang tahun 5000SM. Dan segi sosial, dipercayai masyarakat ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Mereka tinggal menetap dengan sent bina tempat tinggal iaitu rumah dengan menggali lubang dan dindingnya diperbuat daripada jerami. Dari segi kepercayaan, mereka mempercayai suatu jenis kuasa ghaib melalui penciptaan rupa-rupa patung Dewi dari tanah liat dan gada-gada batu yang besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Dalam aspek pengkebumian, orang yang meninggal tidak dikebumikan menggunakan keianda, tangan dan kaki dilipat dan kadangkala di dada mereka diletakkan batu yang besar untuk menghalang daripada menjelma semula.

Menjelang tahun 200SM, pengaruh kebudayaan Cina mulai mengalir masuk ke negara Jepun dan Dinasti Han (206SM-24 TM), ketika itu mula menekankan pengaruhnya ke atas Jepun. Kemasukan kebudayaan Cina dan pertembungan ini telah membawa kepada perubahan-perubahan dalam masyarakat Jepun sehingga membentuk kebudayaan baru yang dikenali sebagai Yayoi. Nama ini diambil dari suatu jenis periuk belanga tembikar yang dicipta pada ketika itu iaitu dari zaman prasejarah Jepun sehingga hampir kurun ke-4 Masihi. Barang-barang tembikar ini bercirikan garisan-garisan Inrus dan corak- corak Ibi yang mudah dan kemas. Antara yang diperkenalkan ialah teknik membuat perkakas tembaga dan besi, jenis periuk belanga dan tembikar yang baru dan sem berkebun. Barang-barang tembikar ini bercirikan garisan-garisan Inrus dan corak-corak Ibi yang mudah dan kemas. Corak lebih cantik, menarik, berwarna-warni, teknik pembuatan yang lebih kukuh dipelajari daripada teknik pembuatan tembikar Korea. Era Yayoi dibezakan dengan pengenalan peralatan logam dari benua Asia terutamanya dari negara China. Di peringkat ini, kegiatan memburu binatang dan mengutip hasil hutan masih diteruskan tetapi perbezaan yang ketara ialah pengetahuan tentang pertanian. Masyarakat zaman ini telah mencapai peningkatan dan kemajuan dalam pertanian antaranya tentang penggunaan tanah, tenggala untuk membajak dan pengairan. Mereka telah menjalankan kegiatan penanaman padi sawah dan sistem batas. Pembukaan tanah-tanah, penanaman padi dan pengairan telah meningkatkan pengeluaran bahan makanan (lebihan), dan diperkenalkan amalan menyimpan beras dan barangan pertanian lain. Peningkatan ini membawa kepada wujudnya jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan golongan miskin, terutama perubahan mengenai status atau kedudukan dalam masyarakat.

Pada zaman kebudayaan Yayoi ini, terbentuk perbezaan-perbezaan di dalam kedudukan sosial dan politik di antara pemerintah dan diperintah. Kemunculan lebih ramai pemimpin-pemimpin politik seperti di Yamato (Nara) dan Kyushu, dan di kalangan mereka ini kumpulan Yamato (nenek-moyang keluarga Imperial Jepun) muncul sebagai kumpulan politik yang paling berkuasa ke atas kumpulan-kumpulan lain yang dipanggil Uji. Menjelang kurun ke-4, kekuasaan kumpulan Yamato meliputi seluruh negara Jepun kecuali di beberapa daerah di Kyushu. Pemimpin-pemimpin Yamato mengabsahkan mereka berketurunan Dewi Matahari (Amateresu) dan menentukan bahawa pemujaan dewi ini merupakan penyembahan terulung di negara ini. Simbol kekuasaan dan alat kebesaran keluarga dirajaJepun (Imperial Jepun) ialah sebuah cermin tembaga, sebuah pedang best yang panjang dan permata yang melengkung (magatama). Menurut sejarahnya, kumpulan Yamato merupakan kalangan pemimpm terawal dan membawa kepada perpaduan terhadap negara tersebut, dan melaksanakan dasar imperialisme terutama ke atas beberapa bahagian di Semenanjung Korea.
 

Sejarah Awal Penubuhan Negara Jepun dan Peranan Korea Sebagai Jambatan Kemasukan Tamadun Cina

Menurut catatan Rekod atau Kojiki perkara-perkara purba, empayar Jepun telah diasaskan pada tahun 660SM iaitu pada Zaman Yayoi. Pemerintah ketika itu, Maharaja Jimmu Temo yang merupakan maharaja kelima dari keiurunan Dewi Matahari menjadikan Kashiwara, ibu kota di Yamato dan menjalankan dasar mengukuhkan empayar Jepun. Selama 1,100 tahun, sehinggalah semasa pemerintahan Maharaja Yuryaku, Jepun menumpukan perhatian kepada pengukuhan empayar termasuk menakluki sebahagian daripada Semenanjung Korea. Apakah kepentingan Korea kepada negara Jepun ketika itu? Penaklukan Korea telah membuka hubungan langsung antara Jepun dengan Semenanjung Korea, dan melaluinya membuka jalan kepada kemasukan agama Buddha dan pengaruh kebudayaan Cina ke Jepun. Di peringkat ini, Korea memainkan peranan penting sebagai jambatan kemasukan kebudayaan Cina ke negara Jepun.

Pada tahun 552 M, Raja Pakche iaitu salah seorang daripada pemerintah tiga kerajaan di Korea telah mempersembahkan beberapa buah buku mengenai doktrin agama Buddha dan sebuah patung Buddha kepada Kerajaan Imperial di Jepun. Maharaja Jepun ingin menganut agama Buddha tetapi menerima tentangan hebat daripada menteri-menteri. Beliau memberi patung (Buddha) kepada Perdana Menteri Soga yang mendirikan sebuah kuil. Kuil ini kemudiannya telah dibakar oleh beberapa pegawai kerana dianggap membawa wabak penyakit yang dahsyat ke seluruh negara. Walaupun di peringkat awal kemasukan agama Buddha wujud penentangan dan perasaan tidak puas hati, namun agama ini akhirnya diberikan kedudukan yang kuat. Penerimaan dan pengukuhan kedudukan agama Buddha di Jepun dimainkan oleh peranan pengaruh Maharani Suiko Putera Mahkota Umayado (572-621 M) dan Putera Umayado ini dikenali sebagai Shotoku Taishi.

Shotoku Taishi mudah menerima agama Buddha dan baginda merupakan wall agama Buddha pertama dan penaung pelajaran terulung di Jepun. Penerimaan agama Buddha dan pengaruh kebudayaan Cina terutama mengenai idea-idea dan ilmu pengetahuan, telah membawa kepada perubahan dan pembaharuan. Apakah perubahan dan pembaharuan yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan semasa pemerintahan Shotoku Taishi ini? Antaranya ialah pada tahun 604 M, Shotoku Taishi memperkenalkan Perlembagaan 17 Artikel yang berasaskan ajaran agama Buddha; konsep politik dan etika Konfucius. Hubungan antara Jepun dengan Korea dan China semakin meningkat, sehingga ramai tukang yang mahir dalam sent bina, seni pahat, sent lukis dan kerja-kerja logam dan sebagainya telah dibawa masuk dari Korea. Dalam bidang seni bina, beliau telah membina kuil-kuil yang indah, termasuk kuil Horyuji (Nara).

Shotoku Taishi mengirim suatu utusan yang besar ke negara China pada tahun 607 M dan utusan-utusan seterusnya. Kebudayaan Cina memainkan peranan dalam pembentukan tamadunJepun untuk selama setengah kurun berikutnya.

No comments:

Post a Comment