SISTEM PENDIDIKAN






Sistem Pendidikan Jepun

Selepas Pemulihan Meiji pada 1868, pendidikan moden diperkenalkan. Pendidikan ini bersifat sekular dan terpisah dari agama Buddha dan golongan bangsawan. Sehingga pertengahan kurun ke-19, 40% daripada rakyat Jepun pandai membaca. Pada masa ini, boleh dikatakan bahawa seluruh rakyat Jepun celik huruf. Prinsip pendidikan di Jepun ialah untuk melahirkan negara yang demokratik dan rakyat yang cintakan keamanan. Undang-undang Asas Pendidikan 1947 berbunyi:

We shall esteem individual dimity and endeavor to bringup people who love truth andpeace, while education which aims at. the creation of universal yet highly individualistic culture shall be spread far and wide.

Peluang untuk mendapatkan pelajaran meliputi semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama, jantina, status sosial, kedudukan ekonomi dan latar belakang keluarga. Pendidikan di Jepun menitikberatkan pengetahuan politik dan kebebasan agama dalam usaha melahirkan rakyat yang baik. Pada masa yang sama, sistem pendidikan tidak boleh terikat dengan mana-mana parti politik atau agama. Kerajaan Jepun menggalakkan organisasi awam membina


perpustakaan, muzium dan dewan untuk member! kemudahan kepada para pelajar.

Pendidikan di Jepun terbahagi kepada empat peringkat:

1. Peringkat Sekolah Rendah (6 tahun)

2. Peringkat Sekolah Menengah Rendah (3 tahun)

3. Peringkat Sekolah Menengah Tinggi (3 tahun)

4. Peringkat Universiti (4 tahun)

Pendidikan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah selama 9 tahun merupakan pendidikan wajib. Semua kanak-kanak di Jepun diwajibkan bersekolah dari usia 6 hingga 15 tahun. Pelajaran pada peringkat ini diberi secara percuma.

Selepas itu, terpulang kepada para pelajar sama ada ingin meneruskan pelajaran atau berhenti belajar dan terus bekerja. Kebanyakan pelajar meneruskan pengajian mereka. Pada 1989, pelajar yang meneruskan pengajian ke peringkat Menengah Tinggi berjumlah 95%. Pada 1976, 39% pelajar memasuki pusat pengajian tinggi. Jumlah ini kemudiannya menurun kepada 31% pada 1989. Ini kerana 29% pelajar telah memasuki sekolah-sekolah vokasional dan sekolah- sekolah khas, sementara 35% lagi memasuki bidang pekerjaan

Guru merupakan kerjaya yang amat dihormati di Jepun. Guru dipanggil sensei (tuan). Terdapat 5 persatuan guru di Jepun. Lebih dari 50% guru sekolah swasta menganggotai Nikkyo-so (Persatuan Guru Jepun), iaitu sebuah persatuan guru yang terbesar di dunia.Selain dari itu, kebanyakan sekolah mempunyai persatuan guru dan ibu bapa untuk menjalinkan hubungan baik antara kedua- duanya.

Kebelakangan ini, sistem pendidikan Jepun menerima kecaman kerana hanya bergantung kepada pengambilan nota-nota, dan mengetepikan daya kreativiti setiap pelajar. Pelajar sekolah rendah dan menengah diarahkan memakai pakaian seragam dan mematuhi peraturan sekolah yang ketat. Persaingan merupakan perkara biasa kerana para pelajar dikehendaki lulus peperiksaan dengan cemerlang sebelum diterima masuk ke sekolah tinggi atau universiti, yang seterusnya akan menjanjikan kerjaya yang menarik kepada pelajar-pelajar. Kebanyakan pelajar menghadiri;«^ (sekolah yang sesak) sebagai tambahan kepada sekolah biasa.Ini bertujuan untuk menyediakan diri bagi menghadapi peperiksaan yang dinamakanjukenjigoku atau examination hell.

Jangka waktu persekolahan di Jepun lebih panjang jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Sekolah-sekolah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, dan pada hari Sabtu, pelajar-pelajar di Jepun tetap menghadiri kelas selama setengah hari. Selain dari itu, jumlah hari persekolahan dalam setahun di negara Jepun ialah 240 hari berbanding dengan cuma 180 hari


di Amerika Syarikat. Oleh itu, para pelajar Jepun dikatakan lebih mahir dari para pelajar Amerika Syarikat terutamanya dalam bidang sains dan matematik.

Oleh sebab rekod Jepun yang cemerlang dalam sains dan teknologi, negara Jepun telah diterima masuk ke arena 'penjelajahan angkasa'. Pada 1985, Jepun menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk menjadi rakan dalam program stesen angkasa yang menelan belanja sebanyak 30 bilion. Pada September 1992, angkasawan pertama Jepun, Dr. Mohri Manoru menyertai misi Spacelah. Pada 1986, Jepun telah menghantar kapal angkasa untuk mengkaji komet Halley. Pada tahun yang sama, Jepun telah melancarkan roket dengan kuasa gerakannya berjaya dicipta sendiri oleh Jepun.



Pada zaman lampau, wanita Jepun lebih banyak mengendalikan hal-ehwal rumah tangga. Ini menyebabkan Barat mendakwa bahawa wamta Jepun berada pada kedudukan yang rendah dan hanya dianggap sebagai perhiasan. Anggapan tersebut tidak tepat kerana hanya wanita dari kelas pertengahan dan bawahan yang berada pada kedudukan yang rendah. Wanita dari golongan bangsawan pula telah terlibat dalam politik sejak dari zaman silam. Mereka juga diberikan hak dalam undang-undang dan pemilikan harta. Perkara ini kelihatan dengan jelas pada wanita bangsawan dalam zaman Kamakura.(kurun ke-12 hingga kurun ke-14)

Pada masa ini, peranan wanita telah berubah. Mereka tidak hanya menjadi sun rumah, tetapi ramai yang telah keluar bekerja dan memberikan sumbangan dalam ekonomi negara. Di samping itu, wanita Jepun moden juga melibatkan diri secara aktif dalam politik dan aktiviti sosial.

Pada 1940, wanita merupakan 40% daripada penduduk Jepun yang berjumlah 32 juta orang. Di setiap sektor, wanita terlibat dalam pekerjaan peringkat rendah dan menerima gaji yang rendah. Kebanyakan wanita yang bekerja merupakan mereka yang belum berkahwin. Selepas berkahwin, wanita biasanya akan berhenti bekerja dalam sektor perindustrian, dan bertukar pekerjaan ke sektor pertanian atau perniagaan kecil. Pekerjaan tersebut dianggap sebagai perkara sampingan kepada wanita kerana tugas utama mereka ialah sebagai isten dan ibu.

Semasa perang, kebanyakan lelaki memasuki tentera. Oleh itu, tenaga kerja wanita amat diperlukan sehinggakan anak-anak perempuan turut dikerah bekerja. Wanita melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah membuat peralatan perang.

Walau bagaimanapun, corak pekerjaan kaum wanita menunjukkan bahawa masyarakat masih belum menerima mereka sepenuhnya dalam bidang pekerjaan. Wanita yang berkahwin terpaksa berhenti kerja sehinggalah anaknya yang terakhir memulakan persekolahan. Ini menyebabkan wanita kehilangan


peluang untuk memperolehi gaji yang tinggi disebabkan jangka masa perkhidmatan mereka dalam bidang pekerjaan adalah pendek.

Pada 1985, Jepun mewujudkan Equal Employment Opportunity Law untuk memberi hak yang sama kepada lelaki dan wanita yang bekerja. Tetapi wanita Jepun tetap berada di dalam dilema. Ini disebabkan wujudnya sistem dua trek iaitu trek pekerja bawahan dan trek pengurus. Jika wanita berada dalam trek pengurus dan memegang jawatan penting dalam sesebuah syarikat, dia terpaksa bekerja dalam jangka waktu yang panjang setiap hari dan dia juga hendaklah bersedia untuk ditukarkan ke mana-mana cawangan syarikat. Ini menyebabkan sesetengah wanita terpaksa menangguhkan perkahwinan atau langsung tidak berkahwin.

Equal Employment Law dijangka dapat menyelamatkan wanita daripada diskriminasi, tetapi undang-undang negara Jepun enggan menganggap bahawa sistem dua trek merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap wanita. Oleh itu, sistem dua trek terus diamalkan.

Selain dari itu, kes-kes mengenai hak-hak wanita diambil berat sehmgga kes-kes tersebut dibawa oleh peguam wanita kepada perbicaraan mahkamah. Persoalan mengenai hak-hak wanita juga ditulis oleh kartunis-kartunis wanita. Perkara ini dilakukan supaya hak-hak wanita terbela memandangkan jumlah wanita yang bekerja semakin meningkat.

Di samping bekerja, wanita Jepun turut aktif dalam persatuan sejak 1930-an. Menjelang 1942, semua wanita Jepun yang berumur 20 tahun ke atas diwajibkan menyertai Greater Japan Women's Association. Sebelum Jepun berperang dengan negara China pada 1937, wanita Jepun dilatih membantu pasukan pertahanan. Mereka ditugaskan merawat askar-askar yang luka atau cedera. Semasa perang, wanita memainkan tugas mereka untuk memberi semangat kepada kaum lelaki untuk berperang.

Kini, kebanyakan wanita Jepun mendapat pendidikan tinggi. Sebanyak 14.7% dari wanita yang tamat pengajian Menengah Atas telah memasuki pusat pengajian tinggi. Oleh itu, mereka berupaya memainkan peranan penting dalam soal-soal kemasyarakatan. Mereka telah mengadakan bantahan terhadap diskriminasi harga barangan yang dipraktikkan oleh peniaga Jepun. Misalnya, harga televisyen Jepun yang dijual di luar negara ternyata lebih murah daripada televisyen yang dijual di negara Jepun. Taktik ini digunakan oleh para peniaga supaya barangan mereka diterima di pasaran asing. Pergerakan wanita cuba membetulkan keadaan ini.

Pada 1970, pergerakan wanita cuba mengutarakan beberapa isu termasuklah pencemaran alam sekitar, bahaya jalanraya kepada kanak-kanak, keadaan rumah yang sempit dan inflasi. Dalam pilihan raya 1971, Minobe Ryokichi, seorang ahli politik yang disokong oleh pergerakan wanita telah menang. Ini membuktikan bahawa pendapat dan suara wanita juga penting dan perlu dihargai.


Wanita Jepun moden mula diberi peluang untuk melibatkan diri dalam politik. Pada 1945, wanita diberikan hak untuk mengundi. Tetapi sehingga 1947, keahlian wanita dalam Diet tidak bertambah. Pelantikan seorang wanita, Doi Takako, sebagai pemimpin Parti Sosialis Jepun pada September 1986 tidak dapat memberikan hak-hak politik yang diharapkan oleh wanita. Hanya segelintir ahli politik wanita yang berjaya. Antaranya ialah Ichikawa Fusae yang merupakan salah seorang ahli upper house dan tahun 1953 sehingga 1981. Sehingga 1945, bilangan menteri kabinet wanita adalah sangat kecil. Sikap konservatif rakyat Jepun menghalang wanita daripada terlibat secara aktif di dalam politik.

No comments:

Post a Comment