Saturday, April 27, 2013

PENGENALAN

Tamadun Jepun Moden berjaya mengekalkan keunggulannya sehingga kini. Masyarakat Jepun memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam menerima pengaruh tamadun asing dan kemudian menyesuaikannya dengan keadaan negara Jepun. Pada mulanya, Jepun banyak menerima pengaruh tamadun Cina. Kemudian, setelah menjalinkan hubungan dengan Barat semasa pemerintahan Meiji, masyarakat Jepun mula mencontohi Barat dalam politik, ekonomi, pendidikan dan ketenteraan.

Sikap masyarakat Jepun juga membantu menjayakan tamadun ini. Rakyat Jepun bekerja dengan tekun, menghormati ketua, mempunyai keberanian dan disiplin yang tinggi dan saling bekerjasama dalam usaha memajukan syarikat. Selain dari itu, masyarakat Jepun juga tidak pernah melupakan nilai-nilai tradisi walaupun negara mereka mengalami pemodenan pesat. Perkara ini menyebabkan tamadun Jepun menjadi begitu unggul di mata dunia walaupun Jepun pernah mengalami kekalahan teruk dalam Perang Dunia Kedua. Seperkara lagi yang sangat perlu diberi perhatian tentang tamadun Jepun kini ialah kemajuan yang dicapainya dalam sistem pengurusan yang dipanggil Kanzen. Di dalam sistem ini perkara yang sangat unik dan baik dilakukan ialah melakukan kerja secara berkumpulan dan menganggap semua pekerja sebagai sama penting. Dengan ini segala keputusan dapat dibuat dengan saksama dan bijaksana di samping memupuk semangat setiakawan dalam syarikat atau organisasi atau jabatan.

Tamadun Jepun amat relevan dalam konteks pembangunan dan kemajuan di Malaysia pada masa kini. Ini dapat dilihat melalui sistem pengurusan

QCC {Quality Control Circle) dan Kanzen (Total Management) Jepun dalam pengurusan syarikat dan jabatan kerajaan amat penting. Lebih daripada itu Malaysia sudah dan sedang mencontohi Jepun dengan Dasar Pandang ke Timumya.